Sunday, 2 October 2011

.. BUKAN SENANG NAK JAGA HATI KAWAN . .

Lagi susah daripada jaga hati kekasih. Kalau kekasih, bila pujuk sikit, da ok balik. Tapi kawan, kalau terasa memang susah nak pujuk

Pernah buat kawan terasa hati? Atau anda sendiri terasa hati dengan kawan? Dua2 situasi tu pun saya pernah hadapi. Memang sakit rasanya walaupun itu rencah dalam persahabatan. Kadang2 hanya sebab perkara kecil je seperti kawan tak ajak makan padahal dia expect kita tahu sebab memang itu time kita akan pergi makan

Semua manusia pun berbeza dan semua manusia pun mempunyai tahap terasa hati yang berbeza. Ada yang cepat pulih dan ada yang sampai putus persahabatan. Nauzubillah

Saya mengaku kadang2 saya tak reti jaga hati kawan sebab mengharap dia memahami saya. Atau pun kadang2 saya mementingkan diri saya sampai lupa hati kawan macam mana. Padahal sebenarnya saya seorang yang amat menyayangi sebuah persahabatan. Saya tak suka nak gaduh-gaduh. Saya akan menjadi orang yang sangat sedih bila satu persahabatn itu menjadi tegang akibat perbuatan saya sendiri. Dan saya seorang yang jenis cepat memaafkan kerana saya tak suka keadaan tegang yang lama
Pernah satu ketika, saya terlepas cakap . Dan saya tak sangka dia terasa hati yang amat sangat dengan apa yang saya kata. Dia seperti tak pernah mengenali antara satu sama lain. Tak mungkin saya boleh menganggap tiada ikatan persahabatan pernah terjalin antara saya dan dia. Ye saya mengaku saya salah kerana terlepas cakap. Selepas berkali-kali saya cuba meminta maaf. Tapi saya hanya mampu berdoa supaya kami baik semula dan Alhamdulillah doa saya termakbul.

Betul lah quotes yang saya pernah dengar satu ketika dulu. Maaf tak ingat dari mana. Kalau kita buat salah dengan Allah, insyaAllah kita akan diampunkan dengan mudah sebab Allah Maha Pengampun, tapi bila kita buat salah dengan manusia, hanya jika manusia itu memaafkan kita baru lah dosa kita terampun

Kadang-kadang, dengan kawan rapat, kita lagi senang menyebabkan kawan rapat kita terasa hati sebab kita anggap dia mesti dah biasa dengan kita. Tak, itu salah sebenarnya. Kawan yang rapat dengan kita la yang kita lebih perlu menjaga hati mereka sebab dia amat menyayangi kita seperti menyayangi seorang kekasih. Bak kata pepatah “ Those have most power to hurt us, those that we love....". Kata orang pula, kekasih mudah ditukar ganti, tapi kawan sejati bagai permata yang sangat bernilai yang tak mampu dijualbeli
kadang2 saya terasa hati dengan perangai mereka,seakan2 meminggirkan saya. mementingkan diri sendiri. tak ajak saya keluar bersama , bercakap dengan saya pun tak , apetah lagi nak pandang muka saya s
Saya amat amat sedih dengan kejadian ini. Bukan saya mahu semua ini terjadi. Taktala saya meminta maaf jika saya ada buat kesalahan, air mata kesal saya mengalir deras kerana mungkin ada silap pada diri saya sendiri. Kesilapan yang saya tak sedari yang menyebabkan hati seorang sahabat terluka. saya tak kisah jika mereka ingin bergembira dengan sahabat yang lain , tapi pernah tak fikir hati sang sahabat disini?

Patutnya seorang sahabat akan berada di samping ketika dia memerlukan barulah namanya sahabat bukan. Mungkin di kala dia amat2 memerlukan saya, saya seperti tidak menghiraukan dia. Maafkan ku sahabat ku. mungkin ada kalanya aku tak menghiraukan dirimu tapi kita sama2 menghadapai masalah yang amat berat. Kadang2 aku mahu bersendirian hanya untuk menangis sepuas hatiku kerana aku malu menangis di depan mu. Aku tak mahu membebanimu dengan masalah ku yang tak sudah2 dan tak selesai lagi

Percayalah wahai sahabat, aku amat merinduimu. Aku rindu saat kita bersama, bergurau senda, makan bersama, meluahkan apa yang terbuku hati bersama, berkongsi segala rahsia yang hanya kita berdua sahaja yang tahu. Aku terlalu sayangkan semua itu. Tapi aku sedar, aku hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Tegurlah aku jika aku jika aku salah kerna aku manusia yang mudah lupa, mudah lalai . aku tau tak mungkin kita akan sama seperti dulu

Aku hanya mampu berdoa supaya Allah melembutkan hatimu dan kau memaafkan ku dari kesilapan bodohku. Aku tak berani menjanjikan apa2 kerana aku amat takut sekali memungkiri janji tapi jika kau memerlukanku, just tell me kerna aku tak mampu membaca hati manusia. Maafkan ku sahabat. Moga ikatan persahabatan kita tidak berakhir di sini. Aku terlalu menyayangimu, percayalah

"Truth and tears clear the way to a deep and lasting friendship."

 p/s : tak de tulisan besar kan :) thanks pada blog2 yg yana ushar...mereka inspirasi saya...mcm2 nasihat berada disitu..mgkin kita tak sedar ape yg kita lakukan. Yg penting jgn abaikan sahabat , saya pun terasa hati apa yg berlaku . Lg2 kat fb. Mgkin korg suka bila saya sedih. Mgkin korg suka jgk bila saya bersendirian. Terima kasih sahabat :) semoga gembira dgn sahabat yg baru. Tidak akan saya ganggu kebahagiaan kamu lg <3

adakah " bila hati terasa tidak dihargai, habis tembakau puntung dibuang ? "

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.